Isnin, 30 September 2019

Go Go Squid! - Malaysia fans review



Asslamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni aku nak share tentang satu lagi Drama Chinese wajib tonton oleh semua.







Pada bulan July lepas, 18 July 2019, kawan yang minat tonton drama Chinese, WhatApps aku dan kata dia ada jumpa drama baru yang best! Kalah drama Put Your Head on My shoulder.






Eh ye ke?

Lepas tu nak tengok lah kan. Tapi akibat internet yang tak memberi kerja sama, hasrat itu terkubur begitu sahaja.


Tapi adik pula tengok drama tu kat phone.
Toleh-toleh jugak dan best lah pulak. T^T


















Tak lama lepas tu aku tengok sendiri. Memang suka dengan jalan cerita dia yang tak cliché!




Go Go Squid! (Chinese亲爱的,热爱的pinyinQin Ai De, Re Ai De) is a 2019 Chinese television series based on the novel Stewed Squid with Honey (Chinese蜜汁炖鱿鱼pinyinMi Zhi Dun You Yu) by Mo Bao Fei Bao. It stars Yang Zi and Li Xian.[1][2] The drama aired on Dragon TV and Zhejiang TV from July 9 to July 31, 2019.[3]




Cerita berkisar tentang lelaki yang ada team untuk compete dalam computer games.
Suatu hari tu team dia kalah dan dia fedup lah. 

Pastu dia suruh bas berhentikan dia di tepi jalanan then dia singgah di cyber café berdekatan bus stop.
Di situ dia terjumpa lah seorang perempuan comel.










Korang pun boleh agak kan yang mana satu hero dan mana satu heroin kan?
Ok, nama watak utama;

Hero bernama Han Shang Yan (HSY)
Heroin bernama Tong Nian (TN)




TN love at the first sight kat HSY.
Lepas je HSY muncul kat CC tu, dia memang selalu datang tolong sepupu dia kat CC sebab nak tengok HSY lagi.

Bukan tu je. TN macam perigi cari timba dah bila dia pergi WeChat HSY boleh dikatakan setiap hari untuk menarik perhatian HSY. Tapi HSY buat don’t know je.









Banyak kenalan HSY tak tahu pekerjaan HSY. Atuk HSY pun merungut,
“Kamu ni asyik main games je. Cuba lah cari kerja yang elok sikit.”
HSY yang berhati batu cuma senyap dan diam bila atuk dia kata macam tu.







Yang paling comel sangat HSY ni pakai baju hitam je dalam drama ni.
Nampak kemas dan segak sangat! Kena dengan watak dia yang perlu pamerkan muka yang garang.
Kening dia asyik berkerut je. Haha.
Atuk HSY, “Kamu ni takde baju lain ke? Asyik baju hitam je. Cubalah pakai baju warna lain sikit. Buat malu aku je.”
HSY buat mata ke atas je bila atuk dia mula membebel.







Ada satu benda ni HSY buat bila dia tengah marah. Yang ni serius comel! Tak nak bagitahu tapi korang kena tonton sendiri. 
Mesti korang rasa sedih dan syahdu. Betul! Tak tipu.





HSY ni anak tunggal yang kehilangan ibu bapanya dari kecil. Dia mempunyai ibu tiri yang sangat penyayang dan ambil berat tentang diri dia. Jarangkan dengar ibu tiri yang baik. (Sangat tak cliché!)



Mak tiri HSY kata time HSY tak cukup duit.
“Kalau awak panggil saya ibu, saya akan beri awak segalanya.”
HSY tak nak sebab dia tak nak terhutang budi dengan sesiapa.










           









Heroin pulak bernama Tong Nian. Dia masih belajar di university dan sedang mengambil master dalam bidang sains computer. Kiranya dia ada banyak pengetahuan tentang computer. TN pernah buat satu games guna coding untuk HSY. Haha. Comel kot games tu.



TN anak tunggal dari pasangan guru dan doctor. Ayahnya seorang doctor dan ibunya seorang guru besar di sekolah rendah. IQ TN tinggi dan dia adalah best student di kolej.





Muka cringe haha.














Beza umur HSY dan TN agak jauh.
HSY – 30 tahun (tegas tapi caring!)
TN   -  18 tahun (manja)
p/s-nak tau boleh tengok sendiri


Agaknya hubungan diorang direstui oleh mak ayah TN tak? Hehe….






                            
Fantasi.




Realiti.










_______________________________________



Ok team HSY pula, bernama K&K yang terdiri daripada anak muda yang bernama:

Dt/ Wu Bai / Xiao Bai – sepupu HSY. Pernah jumpa TN di competition berkaitan computer.
One – Mak dia kerja as tukang kemas-kemas tempat tinggal team diorang.
Demo/ Dai Feng – Paling muda dalam team ni / Si Comel / ada masalah keluarga / selalu suruh buka mulut untuk soalan kat HSY (sebab HSY garang!) / Selamba je Demo minta TN buat coffee untuk dia.  
97 @ Jiu Qi – HSY selalu beri arahan kat 97 sebab dia matang sikit dari yang lain.
Grunt – TN guna nama Grunt untuk jumpa HSY.





Su Cheng, One, Demo, Grunt, 97, DT, HSY/Gun, Mi Shaofei.



One, 97, DT, Grunt, Demo.





Ok. Sebenarnya macam mana HSY belajar main games ni?
Dulu dia join satu team ni.
Team ni bernama solo.
HSY memang main games tu tapi dia tak duduk kat China waktu tu. 
Masa tu dia di Norway. 
Lepas dia ke China dan tinggal bersama kawan dia (Solo dan rakan-rakan) baru dia aktif dan bersemangat nak teruskan cita-cita dia untuk bawa nama China dengan main e-sport ni.









Ahli Team Solo terdiri daripada 5 orang :
Solo (Of course!)
Appledog/ Ai Qing (only girl in the group)
HSY/Gun
Mi Shaofei / Xiao Mi
All/ Ou Qiang








Team Solo ni memang gempak abis lah terror dia.
Tapi sebab satu perkara je buat HSY tawar hati dan kembali semula ke Norway.
Menitik air mata bila terkenang babak ni T^T


Persahabatan ahli Team Solo ni buat aku terpaku sebab nilai persahabatan mereka yang begitu tinggi.
Ada satu syarat dalam team ni. 
Bila makan, dahulukan yang muda dan perempuan.
Sayu je rasa bila part flashback moment indah diorang muda-muda dulu.









Time flashback ni ada satu lagu yang memang akan terpasang time diorang dalam Team Solo.












Memang aku nangis part flashback tuuuu.
Sungguh erat persahabatan HSY dan kengkawan nya.





HSY dengan K&K, Solo pula ada team bernama SP








Lepas je habis drama Go Go Squid! Popularity HSY mencanak-canak. Dia banyak jadi model untuk produk seperti baju, jus, KFC dsb.





HSY atau nama sebenar dia Li Xian menang award Popular Actor of The Year 2019 di China sebab pembawakan watak dia dalam drama ni dan juga sikap dia yang professional.










Aku paling suka tonton drama Chinese dan Korea sebab pelakon fit, cantik, handsome hehe. Jaranglah ada pelakon yang gemuk dalam tu walaupun hakikatnya ada je penduduk sana yang mengalami masalah berat badan.









Cerita Chinese dan Korea juga banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan gunakan dalam kehidupan seharian. 




Sebab minat sangat drama ni, aku beli baju KK. Hehe.




Okeylah ..... tu je nak share malam ni. :)
Jangan lupa tonton tau bila free!
Tak rugi tengok.
Selain dapat polish Mandarin yang dah lama tinggal, boleh cuci mata.
Alah orang Melayu selalu kata, sambil menyelam minum air.






1 ulasan:

ray berkata...

tetiba rasa mcm nak tgk lagi.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...