Khamis, 5 Disember 2019

Resepi sardin roll


 Assalamualaikum

Rindu nak masak sebenarnya, bila dapat peluang ke dapur… memang jadilah makanannya. Okay jom lah kita tengok resepinya

Untuk Inti:
1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Minyak


Memula, panaskan minyak. Pastu + bawang merah dan bawang putih
Bila dah agak garing + cili kisar. Tumis sehingga minyak terbit dan cili masak.
Tambahkan sardine yang dihancurkan. Masak kejap.
Siap! Ketepikan kejap

Kita boleh pilih tau nak buat gunakan roti atau pastry untuk jadikan sebagai kulit.

Tapikannn… zu guna kedua-duanya sebab roti dah expired tapi masih boleh dimakan.

Kulit:
2 cawan Tepung gandum
2 sudu Margerin
1 sudu teh garam
Air sejuk dari peti ais/ air+ ais cube secukupnya

Mula-mula, ambil mangkuk. Letakkan tepung, garam. Gaul kasi sebati. Tambahkan margerin. Jadikan seperti serbuk roti. Lepastu taruh air sikit-sikit. Gaul sampai tepung tak lekat kat tangan. Siap!

Bulat-bulatkan kepada beberapa bahagian. Perap dalam 10 - 15 minit.


Tengah rehatkan doh, zu ambil roti keping tu dan leperkan guna botol. Dapat dalam 7 keping rasanya.

Kalau nak gunakan roti sebagai sardine roll, ambil sebiji telur, pacahkan dan gunakannya untuk bagi roti tu melekat sempurna nanti. In sya allah.



Dah siap, susun elok-elok dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk. Gorengkan dengan api sederhana.
Kalau nak goreng roti sardine tu, bancuh tepung. Okey untuk bater ni mudah aja.

Tepung gandum + Tepung beras + Tepung jagung + Garam + Air    (Buat jangan cair sangat, biar sederhana teksturnya)

Tips untuk mengoreng,
Gunakan minyak penuh, api biar betul-betul panas, goreng sehingga berwarna kuning keemasan.

Kalau nak goreng yang ni,
Gunakan api perlahan. Terbalikkan selalu supaya pastri masak sekata.



Dah masal, jom lah kita makan.
Kbai.
Assalamualaikum. Semoga bermanfaat



Resepi credit to cik epal 06 ^^

Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...