Assalamualaikum.. selamat petang semua!!
^^Hari ini zu nak kongsi pengalaman dan pendapat
Zu ada kenal dengan seorang mak cik ni. Alhamdulillah anaknya semua berjaya. Mungkin salah satu puncanya adalah cara didikan yang diaplikasikan.
zu ada tanya dia semalam
'Mak Cik, macam mana acik didik anak mak cik yang tinggal di Qatar tu?'
'Mak cik ajar dia displin'
'Displin?'
'Ya. Mak cik buat jadual dia. Pergi sekolah, balik sekolah, pergi kelas KAFA...'
Kesimpulannya, didiklah anak dengan displin.
Ada beberapa tips yang zu rasakan dapat membentuk peribadi anak yang cemerlang
Buat jadual
ibu dan bapa perlu membuat dan merancang aktiviti harian anak2. Bangun, pergi sekolah, ulangkaji pelajaran dll. Supaya anak-anak mempunyai halatuju dalam kehidupan sehari-hari. Seelok-eloknya berikan dia sebuah buku nota supaya dia dapat menulis perkara yang hendak dilakukan.
Cakap yang baik-baik dengan anak
jika anak nakal jangan la ibu bapa cakap kat anak tu.. anak tak gu...' seelok-eloknya cakaplah benda yang elok, misalnya 'Bertuahnya anak mama.' Sekaligus apa yang kita ucapkan adalah doa ^^
Hadkan pengambilan makanan yang diproses
Jangan beri anak makan makanan segera. Bahan kimia yang terkandung dalam makaanan segera amat bahaya untuk perkembangan minda anak2. Berilah anak makanan sunnah seperti kismis, kurma, dan habatus sauda yang kaya dengan khasiat.
Wujudkan suasana yang kondusif di rumah
Caranya, jika ada satu bilik kosong kita buatlah perpustakaan mini. Letak buku2 ilmiah. Susun atur bilik tersebut dengan baik. Kalau takde pun, kita sediakan bilik anak lengkap dengan meja dan ruang untuk dia belajar. Ibu bapa juga bertolak ansur dengan meminimumkan volume suara radio atau televisyen agar anak berasa tidak terganggu ketika belajar.
Beri anak ganjaran dan nasihat
Mak ayah juga seharusnya beri hadiah sekiranya anak2 berkelakuan baik atau memperoleh pencapaian yang membanggakan disekolah.Anak2 pasti akan berasa bahagia dengan hadiah dan nasihat positif ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi nasihat kepada anak2 dengan cara memujuk atau memberi kata2 yang positif.
Itu sahaja yang zu mahu kongsikan . Jika ada sebarang kesalahan mohon dimaafkan :)
p/s- jom klik nuffnang atas tu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan