Hari ni zu nak share tentang masalah bibir yang zu alami lama dah.
Semenjak 2017 rasanya.
Sampai sekarang ada lagi.
Ya. Masalah bibir kering T^T
Antara punca masalah bibir kering yang zu sendiri pernah alami.
1. Kurang minum air
Ni doctor di uni zu gitau, pergi lebih dari 5 kali pun dia suruh pergi minum air banyak. I was. -,-
2. Jangkitan kuman
Yang ni tak pasti apa sebabnya. Mungkin hari tu zu pernah terpakai lip balm kakak punya.Lip balm tu pun dah expired kot. T^T
3. Alergik
Masa ni zu kerja catering dan terlebih makan masak lemak daging salai. Sadis.Habis merah-merah mulut gatal sebab alahan. Zu boleh makan daging, tapi tak boleh makan banyak.
Apa yang zu buat untuk menangani dan mengurangkan masalah di atas?
1. Jumpa doctor
Masa ni lepas habis kelas KOK, Teng bawa zu ke klinik di sekitar Changlun guna kereta saga dia.Klinik Perempuan Raudah rasanya. Doctor kata bibir zu terkena jangkitan. Doctor bagi 2 ubat sapu.
Satu untuk bibir kering, satu lagi krim untuk hapuskan kuman. Bayar dalam RM50 kat klinik ni.
Hasil: Sakit di bibir mula berkurangan, perlahan-lahan.
2. Vaseline
Yang ni pembantu perubatan di klinik kesihatan berdekatan rumah bagi.Hasil: Membantu sedikit. Bibir masih kering bila pakai.
3. Nivea: Strawberry Shine
Haaa product ni paling helok tau. Sebab lipbalm ni melembapkan dan beri warna sedikit di bibir. Sebenarnya zu ada bibir yang sangat sensitive. Zu tak boleh pakai lipstick, lip cream atau lip balm jenis matte. Matte tu yang jenis heavy dan tinggalkan cast.
Matte lipstick
Sebelum keluar pakai
Selepas makan pakai
Kesimpulannya bibir kering je terus zu pakai.
Jadi, lepas lipbalm ni habis, zu ingat nak beli lagi lah.
Pergi cari kat Watsons Ipoh, takde. Sedih. Zu ambillah yang Watermelon Shine.
Bila pakai rasa pedih. Sebab dia lipbalm jenis matte. Tinggalkan kesan kat bibir.
Bau dia pulak bukan bau isi watermelon, tapi bau kulit watermelon.
Maaf ya Nivea, I is jujur zu tak suka bau tu. Tak best.
Belum habis lagi watermelon shine, zu terus beli Strawberry Shine :)
Kalau korang boleh zoom in, korang akan nampak cast yang ada kat
lipbalm Nivea: Watermelon Shine tu. Gerun ai.
Hasil: Sangat membantu sebab bibir terus jadi lembut. Kurang kering dah.
4. Faralipbutter: Cherry Velvet
Zu beli ni sebab formulasi dia bukan jenis matte. Kalau pakai rasa ringan je.Harga dalam RM55 tapi boleh pakai setahun lebih macam tu.
Tak perlu letak banyak dah boleh nampak kesan merah dia.
Hasil: Bibir tak perlu pakai jenis matte untuk nampak warna.
Beli ni dapat freegift beg duit. Tapi tak ingat mana pergi beg duit ni LOL.
:)
5. Salap Gatal Daun Gelenggang
Yang ni bibik opah bagi lepas alergik makan daging hari tu.
Ok lah sikit pakai ni.
Sampai sekarang masih pakai sebab rasa terseksanya bila bibir rasa gatal-gatal dan kering.
Setakat ni lah perkongsian kita hari ini :)
Zaijian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan