My 1st Korean Skincare Routine

Assalamulaikum and hye semua.

Hari ni takde lah sibuk sangat sebab kelas untuk semester ni dah habis sejak 18/12/2019 (rabu).
syukur sangat.
Jumaat ni zu start final untuk semester 5.
Takut pun ada.




Mula pakai skincare routine betul-betul ni sejak kulit zu kering masa final sem lepas.
Salah pakai produk muka. 
Terbeli preloved skincare ;(
Kulit terus rasa ketat, gatal dan bila garu je berdarah.
Teruk sangat rasa. Dah lah final time tu, muka pedih. Huhuhu.







Semasa breakout






Selepas breakout
Mampu tayang lubang hidung je. haha.




Masa breakout tu, 
zu search cara hilangkan breakout di internet.
Pastu nasib lah time tu mula aktif balik main twitter. 
Then, jumpa skincare guru kat twitter. 
Korang mesti tau siapa kan kan ...
Kak Iman dan Kak Maisarah Mahmud. :)




Keyword Kak Mai, 
Hydration is the key, jadi Zu pun try lah beli 
Hada Labo Hydrating Lotion kat Watsons.








Thank you Ilyana sebab sudi tolong zu beli ni. heee
Pakai ni alhamdulillah. 
Muka rasa smooth je.
Pedih breakout semakin berkurangan.
Syukur!




Pastu, zu terbuka satu blog ni.
Sorry awak, sy cuba cari tapi tak jumpa ;(



Penulis tu cerita dia guna Cleanser Cosmoderm biru.
Sebab bebas dari perfume.
Jadinya, zu pun belilah secara online di Cosmoderm.
Lepas pakai muka sejuk sikit, kurang rasa pedih kat muka tu.










Dapat seketul freegift!
TQ Cosmoderm. :)






Jadi, bermula lah zu pakai...



After breakout, mula lah zu komited dengan Skincare Routine ala-ala korea.
Konon nak jadi artis korea lah kiki. Tapi zu ada 8 step.
Ada juga skincare routine yang dah ku tinggalkan.




My skincare routine step :

  1. Cleanser - Cosmoderm Milk Cleanser (wajib)
  2. Scrub - St. Ives Coconut 
  3. Toner - Hada Labo Hydrating Lotion (wajib) 
  4. Serum - Bio-Essence Gold
  5. Moisturizer - Aiken Tea Tree Oil
  6. Eye Cream - Cosmoderm
  7. Acne Gel - OXY
  8. Sunscreen - Biore oren (wajib) 

Merah tu sebab baru mula pakai 3-4 bulan yang lepas.
Bagi yang baru nak mula pakai skincare, mulakan dengan 3 produk - cleanser, toner, sunscreen. 
Dah teguh step ni, baru boleh tambah skincare routine yang lain.




Kesan pakai skincare ni bukanlah muka kita akan flawless ala orang korea. 
Tapi kita akan jadikan kulit wajah kita lebih terjaga.
Sebagai contoh, bila pakai sunscreen, kita elak wajah dari terkena sinaran UV yang berbahaya.





Tapi kan sekarang zu tak pakai eye cream dah. 
Bukan sebab mata dah bertambah ok...
Tapi bila pakai benda tu, bawah mata jadi lebih teruk.





Ada sesiapa tau tak cara bagi hilangkan gelap n kedutan bawah mata T^T 
Kalau ada yang tau, share kat bawah tauuu. :)





1 ulasan:

Ariena berkata...

dulu rajin follow steps tapi dah give up jaga muka hshshsh