Maaf zahir dan batin semua.
Salam Syawal 2020 ^^
Bertahun tidak menulis entri raya di blog.
Beberapa hari sebelum raya,
kami diminta pindah ke satu hostel.
Sebab satu hostel ada tinggal dalam berbelas orang macam tu jadi agak sunyi.
Aku pun stay sorang-sorang.
Seram jugak tapi nasib baik lah tak pernah diganggu.
Cuma pernah dengar kalau baring telinga ke bantal.
Ada bunyi ketuk katil.Ting ting ting.
Tapi kalau baring dengan posisi lain tak dengar pun,
So buat dont know je lah.
Alasan tak balik rumah sepanjang tempoh PKP ni banyak...
tapi malas mau cerita.
Macam kena buat skrip nak explain kat semua orang.
Haha.
Bilik sem ini (6)
Bilik kecil
Tinggal dari awal bulan 2, sampai tanggal 19/5/2020
Pulang kunci kemudian naik bas untuk...
Pindah ke hostel lain iaitu...
Tempat semua pelajar yang tidak pulang ke rumah sepanjang tempoh PKP
Bilik baru kami atas bukit.
Sebab tingkat 2 atas tanah.
Lega setelah habis angkat barang naik bilik.
Barang yang bawa ke sini cuma 4 benda sahaja
1. Bagasi
Buku, baju
2. Baldi
Skincare, toileteries
3. Beg laptop
Laptop, Charger
4. Beg makanan
Maggie, minyak masak, dan tea
Sebenarnya nak bawak lebih tapi ni pun dah tercungap-cungap nak angkat.
kena ulang alik 2 kali time naik bas dan naik bilik baru.
Total 4 kali ulang alik nak mengisahkan barang ni.
T^T
Wajah bilik baru
Biru warna
Tenang rasanya
Yang biru tu laci bawah katil.
Ditelangkupkan sebab taknak bagi berhabuk.
Kunci bilik ada keychain hijau
dan ada nama orang yang duduk di bilik sebelum ni.
Bila duduk tempat baru, suasana pun terasa baru
Roomate pun baru
Sekarang aku dah ada 6 roomate T^T
Aisah, Tasha, Tira, Saf, Reen, Nis
Macam-macam perangai diorang ni.
Haha.
Bila duduk tempat baru rindu dekat hostel lama
Kelebihan hostel lama,
watercooler banyak
Bilik besar
Suasana sunyi (belakang hutan)
Manakala yang sekarang sebaliknya
Walaubagaimanapun, kat sini yang paling best WIFI
Sebab modem tu ada depan bilik dan sini dekat dengan VMALL dan UPC.
Mudah-mudahan senang lah nak buat kerja.
Doakan seorang zura dipermudahkan urusan untuk menghabiskan sem dan dapat keputusan yang cemerlang sehingga habis semester, Amin.
Bilik yang sekarang ni agak strategik;
Depan ada ampaian
Tepi ada toilet
Mudah nak pergi ke cafe
Dekat dengan watercooler ^^
dan bilik lama sebaliknya
Roomate belanja petang 30Ramadhan
Nasib baik sempat sampai UPC sebelum raya.
Barang makanan dari kakak.
TQ kakak ku. <3
Kakak juga ada beli makanan COD untuk aku
Syukur
Pengalaman raya kat sini pula, pagi bangun pakai baju raya bergambar sikit ambil makanan free.
Makanan free kami dapat nasi tomayo, lemang, ketupat palas dan rendang daging.
Kemudian ber VC WhatApps family dan screenshot sebagai kenangan syawal kali ini.
WhatApps dah boleh VC sampai 8 orang. Mudah kerja. kan tak perlu guna
Meet, Hangout, Webex mahupun Zoom.
Tengah hari sikit, beraya di rumah kakak isteri felo kenalan rumet baru ku.
Dapat lah beraya dengan makan lontong, nasi impit beserta kuih raya!
Sebelum balik kakak, isteri felo tu beri kami sebekas kuih raya.
Rezeki sungguh~
Rezeki sungguh~
Dodol pemberian kawan kenyalang
Maaf salah silap ya semua mana tau ada tulis post yang membuat korang terasa
Salam 0-0
7 ulasan:
Selamat Hari Raya :) Kemasnya hostel
@asyikinn kemas sebab tak letak pape barang lagi π
alhamdulillah raya di hostel pun banyak makanan dan suasana raya ada la jugak... sedapnya aiskrim tu.. terliur tengok haha. moga dipermudahkan urusan belajar..) salam aidilfitri juga~
@silah terima kasih kak. Alhamdulillah ada juga rasa raya tahun ni walaupun beraya di hostel. Salam lebaran juga ^^
Selamat hari raya!! hehe takpe la raya a bit far from home, a new, unforgettable experience, perhaps? hehe :)
@acu Selamat hari raya. Terima kasih. π
@Amira yaa awak. Doakan saya di sini. Selamat hari raya juga...
Selamat hari raya
Catat Ulasan