Resepi Cornflakes Coklat yang sangat mudah

Assalamualaikum

Resepi kali ni pun gambar ambil pada tahun 2018.
Fuh lama tu .
Tapi sekejap je masa berlalu kan.

Alang-alang nak clearkan gambar,
kita post kat sini je.


Dapat simpan gambar sambil share resepi ni kat korang.








Bahan-bahan;

Cup kertas, cornflakes, coklat masakan, ceri masakan, coklat rice mungkin (teman udah lupa kome)








Leraikan cup kertas supaya senang nak guna jap lagi.








Potong ceri masakan kecik-kecik.






Potong coklat masakan supaya senang cair time double boiled nanti.






Coklat yang telah cair. 








Masukkan cornflakes ke dalam coklat setelah coklat sedikit sejuk. 








Gaul sebati.
Kemudian, masukkan ke dalam paper cup dan tabur ceri/serbuk roti/manik di atasnya.









Tada dah siap. 
Biarkan coklat kering dan simpan di dalam bekas kedap udara.











Alhamdulillah dapat banyak ni.







Selamat mencuba!


Selamat berpuasa korang.
Kalau nak lihat video masakan, 
boleh jenguk ke instagram @theawesomeefood

3 ulasan:

Silah Hassy berkata...

antara biskut raya yang cepat habis. hehe

Mieza S berkata...

sedapnya. lama xmakan kuih raya ni, kt rumah ada biskut almond london jeee

EAT,MAKE,READ berkata...

@silah Betul tu

@Mieza Sedap tu almond london 🤭