Sabtu, 12 Julai 2014

Asam Pedas super simple

Assalamualaikum


Tadi, zu lalu dapur. Tertarik pula tengok mama tengah panaskan kuali. Jadi, zu take break sekejap dan jenguk apa yang dimasaknya. Sedikit resepi menarik yang zu sempat rakam buat kawan blogger zu

Resepi asam pedas

Bahan-bahan
ikan *ikut citarasa kau orang
cili kering kisar
sedikit belacan
air asam jawa
daun kesum
bunga kantan* teringat kat shahrul rizuan yg masak nasi ayam di ketuk-ketuk ramadhan tadi ^^
sedikit minyak
Garam

Cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan cili kering, dan belacan sehingga nak bau.
2. letakkan air asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan yang dihiris halus. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kacang bendi dan setelah kacang bendi separuh masak, taruh ikan.Perasakan dengan sedikit      garam.
5. Ikan masak. Asam pedas super simple siap dihidang.

Selamat mencuba :)

p/s- maaf sebab takde gambar.

1 ulasan:

Unknown berkata...

bestnya asam pedas. nak cuba masak tapi tak jumpa2 lagi bunga kantan.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...