Kek Apa ni?

Assalamualaikum


Kejap tadi, teman ada masak-masak. Bukan main masak2 tapi masak betul2. Resepi ni teman ambil dari facebook. Kakak sepupu yg bagi tapr..errr... teman tak tanya pulak nama kuihnya.. jom tolong teman scan apa nama kuih ni. 

Nak cuba? panaskan kukusan dan griskan loyang dulu.

Bahan2
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar ovellet
3 biji telur
1 sudu besar pati sunquick@ esen vanilla kalo takde
1/2 cwn gula pasir
pewarna pilihan hati

Simple kan bahan dia? sebab tu teman cuba hehehe

cara memasaknya....
1. pukul telur,gula,ovellet sampai kembang di dlm mangkuk or mesin pemutar.
2. tambah sunquick dan putar lagi
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.- putar sehingga putih
4. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
5. tuang berselang-seli di dalam loyang yang sudah digriskan
6. kukus selama 30minit atau sehingga masak. 

Kuihnya ada rupa macam kek.. Kek apa ni? Teman rasa kek minyak...tapi.. ikut resepi ini, kita tak guna minyak.. tolong chef2 di luar sana.. 

Kek dah masak... rupanya ada la ala-ala kek minyak yang kakak teman masak hari tu.. teman xleh rasa sebab berpuasa ^^

Selamat berbuka 

1 ulasan:

aniesa ahmad berkata...

Apa nama kek nie ? ada gambar tak ? * tak sabar tunggu waktu berbuka :))

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai… Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini