Selasa, 8 Julai 2014

Cucur sayur simple

Assalamualaikum


Hari ni zu sempat masak walaupun kerja addmath tak siap lagi hehehe.. jom tengok apa yang zu masak

Cucur sayur simple

Bahan2
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu tepung goreng ayam *tak wajib
daun kucai
kacang panjang
cendawan
sedikit garam

Cara-cara
1 Basuh sayur dan potong sayuran 2cm panjang
2 dalam mangkuk, letakkan tepung gandum. Buat lubang ditengah-tengah dan letakkan telur ditengahnya.
3 kacau sebati.
4 Letakkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Pastikan bater tidak berketul
5 Tambahan sayur-sayuran dan garam
6 letakkan tepung gorang ayam dan kacau
7 goreng dengan api sederhana sehingga ianya bertukar keperangan
8 sedia dihidang bersama sos cili

p/s- maaf tak ada gambar

Selamat Berbuka ^^

1 ulasan:

aRz MoHa berkata...

wah siap kongsikan resepi.
Berguna di bulan ramadhan ni

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...