Rabu, 2 Julai 2014

Sly and Single Again or Cunning Single Lady

Assalamualaikum


Okey. Jom kita sembang-sembang tentang cerita ni. Best tau.

Mula-mula kita kenal-kenal dengan watak-watak yang menerajui drama romantik komedi ini

Cha Jeong Woo
Na Ae Ra
Guk Yeon Jin
Guk Seung Hyeon- adik Yeon Jin
Secretery Gil- setiausaha CEO Cha

Cerita ini berkisar mengenai Na Ae Ra dan Cha Jeong Woo...
Bermula apabila Ae Ra ternampak seorang lelaki yang boleh dikategorikan GEEK. Bapanya memintanya agar berkahwin dengan mamat skema itu setelah menyedari dia seorang yang pandai. Ae Ra telah berjaya memikat Jeong Woo dan mereka telah mengikat tali perkahwinan.

Perkahwinan mereka amat bahagia kerana Jeong Woo bekerja manakala Ae Ra menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka merancang untuk memiliki sebuah rumah dan anak. 

Pada suatu hari, Jeong Woo mengaku yang dia telah berhenti kerja. Ae Ra berasa sangat marah. Impannya kian punah. Jeong Woo ingin membuka sebuah perniagaan. Ae Ra berasa kesal kerana berkahwin dengan lelaki seperti itu.

Kini, dia yang terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga dengan bekerja sebagai jurujual, agen insurans, operator dalam talian dan mencuci gril di restoren dalam satu masa.

4 tahun berlalu...... 
Jeong Woo masih tidak bekerja. Dia asyik dengan komputernya.
Na Ae Ra sudah nekad. Dia ingin segera bercerai. Dia tidak mahu terseksa lagi. Cukuplah dengan penderitaan yang satu ini.

3 tahun berlalu....
Na Ae Ra bekerja di sebuah butik. Kini dia tinggal bersama rakan baiknya, Min Young. 
Ketika melawati rakan lamanya, dia terpempam. bekas suaminya telah pun menerajui sebuah syarikat IT. Dia sekarang telah menjadi CEO di T&S DON'T TALK. Na Ae Ra tidak dapat berkata apa-apa. Perasaannya bercampur baur antara sedih dan gembira. 

Ae Ra dipecat kerana membuat hal. Dia ingin mencari kerja. Sebelum itu, dia bertemu dengan Jeong Woo. Jeong Woo yang kini tidak seperti yang lalu. Dia kini tampak lebih tampan dan berkasirma. Maskulin di mata


 Ae Ra.  Jeong Woo tidak mahu mendekati bekas isterinya. Dia menghulurkan sejumlah wang kepada Ae Ra sebagai alimony. Ae Ra tidak menerima wang itu kerana dia masih mempunyai maruah diri. Jeong Woo hanya berdiam diri.


Setelah melihat tawaran bekerja di poster syarikat bekas suaminya, dia berazam untuk bekerja di situ. Akhirnya dia di terima. Dia dan Seung Hyeon diterima sebagai orang baru dalam syarikat itu.

Dalam diam Seung Hyeon menyukai Ae Ra. Pada ketika itulah Jeong Woo mula risau dengan hubungan mereka. Dia masih memerlukan isterinya. Pelbagai kisah suka dan duka yang dilalui oleh mereka. Akhirnya, Na  Ae Ra dan Cha Jeong Woo kembali sebagai suami isteri.

Cerita ni best. Tak seronok Zu ceritakan semua.... maaf yeah .. kita tonton di youtube atau kat mana la :)


1 ulasan:

Rahsia Hati Huda berkata...

Best cerita nih.. ^__^

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...