Kuih Bangkit @ Biskut Bangkit


Assalamualaikum

bertemu kita kembali di entri ini... rindu nak buat kuih raya dan impian ku jadi nyata bila dapat buat kuih raya.. hee.. happy nya... 

kuih tahun lepas usah cerita banyak kot yg zu buat..
ingat nak buat kuih tart nenas tapi, sebab sibuk sangat.. zu hanya mampu siapkan kuih raya yang begitu senang dan wajib dibuat oleh suri rumah yang baru nak belajar membuat kuih. Asyik cakap je bila nak siap kuihnya. Jom buat kuih bersama-sama.

Resepi: Kuih bangkit
Sumber: Kak Liza
mohon share ye kak ^^

Bahan2

Tepung ubi
Tepung gandum
pati santan
kuning telur
gula
daun pandan*disimpul

Cara memasak

1)         dlm periuk.. masak santan dan daun pandan sehingga mendidih.
dlm kuali.... campur ke2, 2 tepung dan goreng tanpa minyak. bagi tepung tu ringan. Kejap je tau

PASTIKAN SANTAN DAN TEPUNG TADI BENAR2 SEJUK SEBELUM MENERUSKAN PROSES SETERUSNYA

2)      dlm mangkuk....  taruh gula dan kuning telur.. kacau sebati.

3)       Letakkan santan tadi berselang-seli dengan tepung yang kita goreng tadi... 
pastikan doh tu senang utk kita bentukkan. pss.. kalau kome biasa buat onde-onde or buah melaka... teksturnya macam tu la.

4)      kemudian, terap dengan penerap yg kome suka. zu buat bulat je sebab doh yg dibuat pun x banyak.

5)      Lepas tu, bakar la.. dlm oven suhu 150 d.c selama 30 minit @ sehingga kuih tu masak.

p/s- Kalau nipis lagi sedap tau.

setakat ini sahaja resepi yg boleh zu kongsi.. selamat berpuasa.. 
 tadaa... perbanyakkan ibadah di bulan ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Ini la hasilnya.. tekan gambar untuk derma

Tiada ulasan:

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai… Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini