Khamis, 12 Mac 2015

Rumah kena pecah masuk?

Assalamaulaikum




sedih betul bila mengenangkan peristiwa semalam, tatkala tika bagitau zu yang bilik di  tingkat atas bersepah. 

Mau tak sedih! dah la ada precious things dalam bilik tu

Huhuhu... pada malam sebelum kejadian berlaku, zu,kemku,jia dan tika tinggalkan rumah tu. Kitaorang tak tidur situ. Maklumlah, mak ayah jia nak pergi umrah. Sebelum berangkat of course la diorang nak jumpa anak2 diorang. Jadi,... sepeninggalan kami, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Sebenarnya kami bertiga je yang betul2 tinggal ditingkat atas sebab jia biasanya tidur dekat bawah sorang-sorang. Barang-barang kami memang ada dalam bilik tu. 

Petang semalam, tika dan jia pergi beli barang dapur. Lepas tu diorang hantar barang-barang semua dekat rumah. Masa tu la si tika perasan sesuatu yang semua pintu bilik ditingkat atas terbuka. Yang peliknya, semua pintu kami dah tutup sebelum ke rumah mak ayah jia.

Barang-barang di dalam bilik semua bersepah. Macam ada orang pecah masuk...
Tapi barang yang hilang adalah pin tudung tika and sejumlah duit yang zu tinggalkan di dalam laci almari baju.

Kemku ada suspect yang 'kerja' ni dilakukan oleh incik Toyol..
Nak kata orang masuk, memang tak masuk akal sebab semua pintu dan tingkat berkunci. 
Apa yang tak berkunci adalah tingkap di bilik air atas dan bawah. Tapi, macam tak logik, takkan la diorang masuk ikut situ. Zu suspect someone... tapi malas la nak cakap. Biar hati ini je yang tahu. Nak tuduh buat dosa pula sebab benda yang dibuat ni pun zu tak nampak sendiri..

 wallahuallam  ..baik tak payah fikir ~~~~ hrmm


Alhamdulillah, tiada berlaku kehilangan nyawa.

sebenarnya setiap peristiwa terkandung pengajaran. Allah sayangkan kita gurls.  Sebab tulah bila kak nani takde benda ni terjadi.

Pengajaran yang zu dapat daripada kejadian ini:

  1. kita wajib dengar cakap mak ayah
  2. kita perlu sentiasa ingati Allah

p/s- sekarang, baik fokus untuk study balik subject ekonomi asas dan akaun 

2 ulasan:

Ardilla Noorezan berkata...

Be careful sentiasa!

EAT,MAKE,READ berkata...

insyallah kak :)
tq remember me

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...