Buah Melaka



Assalamualaikum~

Tekak ni rasa macam nak makan je benda yang comel-comel. Sebenarnya dah berapa hari zu tahan nafsu supaya tak buat kuih ini sebabnya mama pun ada masak kuih. So, zu bagi mama chance buat kuih dan abah biasanya ambil bubur lambuk kat masjid. Takde kepentingan untuk zu buat sebelum ni. Tapi sekarang, mama kekurangan masa untuk masak jadi, zu ambil tempat mama untuk buat kuih. Makanan yang lain pun zu masak juga. Tak tau sedap ke idak. Baru first time buat ^^

Okey le tu. Meh zu ajar buat kuih buah Melaka yang zu sempat gentel-gentel tadi..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk doh:
Tepung gandum
Tepung pulut
Sedikit pewarna hijau epal
Air

Bahan inti:
Gula Melaka
Gula putih(gula biasa)

Hiasan
kelapa parut segar
sedikit garam

p/s- zu tak bagi sukatan sebab benda ni buat ikut citarasa sendiri. Pandai-pandai ejas tau..

Cara memasak:

  1. Satukan gula Melaka dan gula putih bersama. Nisbah gula Melaka dengan gula putih ialah 3:1 kemudian ketepikan?INTI
  2. Campurakan tepung gandum dan tepung pulut bersama. Letakkan sedikit garam dan air. Jangan terlalu lembut dan keras, takut susah nak taruh intinya. Seterusnya letak pewarna hijau epal. My mama kata tepung gandum tu letak ikut syarat je. Katanya letak 2 sudu je kalau lebih, tekstur kuihnya agak keras. ? DOH
  3. Panaskan air di dalam periuk untuk mencelur kuih nanti
  4. Ambil sedikit doh dan bentukkan supaya boleh masukkan inti. Bentukkan macam bola dan kempiskan guna ibu jari dan masukkan inti ½ sudu besar. Lepas tu, korang boleh tutup doh tu perlahan-lahan supaya inti tu terletak kemas di dalam doh. Jika inti terkeluar, kuihnya jadi comot. Buat langkah ini sampai doh abis.
  5. Campurkan kelapa parut segar dengan sedikit garam. Gaul sebati dan ketepikan.
  6. Masukkan kuih yang dah siap digentel tadi ke dalam air yang mendidih.Kuih akan tenggelam sebab belum masak lagi. Apabila kuih tadi timbul, angkat dan letakkan di dalam bekas kelapa parut tadi. Golek-golekkan kuih tu dan letak di dalam pinggan. Sedia di hidang


Selamat mencuba


1 ulasan:

Eiqa Almond berkata...

hahh, kena sangat la tu teringin nak kuih yg comel2x. hehee
buah melaka la buah yg comell..

Pekerja kanteen dapat seketul Magnum White Almond secara percuma!

Assalamualaikum Semenjak kerja kanteen ni. Penat dia xleh nak cakap. Cuti bulan 7 ni hanya  4 hari. Alhamdulillah... Tapi masih ada cuti.....

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini