Cucur sayur simple

Assalamualaikum


Hari ni zu sempat masak walaupun kerja addmath tak siap lagi hehehe.. jom tengok apa yang zu masak

Cucur sayur simple

Bahan2
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu tepung goreng ayam *tak wajib
daun kucai
kacang panjang
cendawan
sedikit garam

Cara-cara
1 Basuh sayur dan potong sayuran 2cm panjang
2 dalam mangkuk, letakkan tepung gandum. Buat lubang ditengah-tengah dan letakkan telur ditengahnya.
3 kacau sebati.
4 Letakkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Pastikan bater tidak berketul
5 Tambahan sayur-sayuran dan garam
6 letakkan tepung gorang ayam dan kacau
7 goreng dengan api sederhana sehingga ianya bertukar keperangan
8 sedia dihidang bersama sos cili

p/s- maaf tak ada gambar

Selamat Berbuka ^^

1 ulasan:

aRz MoHa berkata...

wah siap kongsikan resepi.
Berguna di bulan ramadhan ni

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com