Assalamualaikum
Saya dah lama berharap ingin membuat segmen kerohanian.
Insyallah segmen ini akan diupdate 2kali seminggu.
Sebelum membaca entri kali ini, kepada sesiapa yang mudah
tersentap, sila baca entri ini dengan penuh kesabaran dan sesiapa yang ingin menambah
ilmu agama boleh la baca entri ini dan fikirkan secara positif apa yang mahu
saya sampaikan.
Sedih dengan sikap masyarakat.. islam melayu masakini yang
sesuka hati melakukan perbuatan terkutuk. Sedar la wei! Kome dah menjatuhkan
martabat islam. Macam mana penganut agama lain nak masuk islam sedangkan orang
islam yang menunjukkan perbuatan tak bermoral.
Sambut hari valentine bagai. Korang patut sedar. Saya bukan
nak memburukkan orang melayu islam. Tapi ini adalah kenyataan yang nyata iaitu
jumlah pembuangan bayi meningkat dari hari ke hari dan setiap satu saat lahir
satu anak luar nikah di Malaysia.
Jadi, salah satu langkah yang perlu kita lakukan sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab adalah dengan membacakan surah Al-Qadr semasa anak masih bayi. Bacalah banyak kali di telinga anak dan mohon kepada Allah supaya menjadikannya anak yang soleh dan solehah.
Baca lah banyak kali.. tak penat mana pun. Dapat pahala adalah
Semoga anak kita terhindar daripada perbuatan terkutuk itu. Insyallah doa ibu bapa untuk anak akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt.
Itu sahaja tazkirah hari ini, illaliqa ^^
sumber-Radio IKIM
2 ulasan:
Good sharing :)
dan smstinya kena jaga pergaulan dan pemakaian ^_^
Catat Ulasan