Kek Coklat Basah vs Red Velvet Cake

Assalamualaikum

(boleh la tahan banyak)


Hrmm kali ini lepas abis family day, bermula la acara kami bersilat didapur dgn cheese dan pelbagai lagi bahan2. Hehehe. 

Jom tinjau apa yang kami buat.
Mula2 kakak aku xde resepi, lps dah ambil resepi through fb kami pun godek2 la brg kat dapur. 

Sini aku akan share resepi yg aku masak*aku follow up kakak aku je. Tukang kacau cheese je ni ^^

Resepi Kek Coklat Lembap

Bahan2
1. 2 cwn tepung gandum> cap apa2 pun boleh, biasanya family aku pakai cap sauh
1 cwn serbuk koko
1 cwm gula pasir
1 cwm susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air panas
3 biji telur >kakak aku pakai telur Gred A
1 Sudu teh baking powder/ serbuk penaik
1 Sudu teh Soda bikarbonat

Cara2
1. Sukat semua bhn betul2
2. Ayak bersama semua bahan kering
serbuk koko + tepung + soda bikarbonat + baking powder
3. Ambil mangkuk, letakkan gula dan telur. Pukul sehingga kembang. Gunakan pemukul adunan jika ada. Pastikan adunan menjadi kembang dan memutih serta kelihatan likat dan fluffy mcm awan ^^
4. sesudah itu, masukkan bhn2 kering yg telah diayak dgn meletakkan bhn kering di dlm pengayak dan ayakkan di atas adunan tadi.
5. Masukkan susu pekat. Kacau sebati.
6. Letakkan minyak dan kacau sebati.
7. Taruh air panas dan kacau perlahan. Pastikan adunan tersebut kelihatan cair dan berwarna coklat pekat.
8. Masukkan di dlm bekas. Kukus selama 20minit @ sehingga masak.

>Cara memastikan kek dah masak, ambil lidi. Cucuk dlm kek. Jika lidi tiada adunan, ini bermakna kek dah sedia utk di mkn. 

p/s- jgn taruh koko bnyk sgt nnti kek terasa pahit. Jika mahukan rasa yg enak, jgn letakkan terlalu bnyk gula dan susu pekat.


Kek yg kedua pula (Red Velvet Cake)

Bhn2
1. 2 cwn tepung serbaguna
2. 2 sudu besar serbuk koko
3. 1 sudu kecil baking powder
4. 1 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 sudu kecil garam
6. 1 cwn buttermilk@ susu cair/segar+cuka(biar selama 10 minit)
7. 1 cwn gula halus
8. 1 sudu besar pewarna merah
9. 1 cwn air panas
10. 2 biji telur> Gred A
11. Esen vanilla

Cara2
1. Gula+telur( pukul sehingga kembang n look fluffy like cloud)
2. Masukkan minyak+ esen vanilla pukul
3. Plus buttermilk+ Pewarna merah beat lightly
4.Masukkan bhn2 yg diayak sedikit demi sedikit
5. Masukkan air panas dan kukus sehingga 20 minit ^^
Fuh lega. Sukat bhn betul2 dan masukkan bhn2 kering  mcm resepi kek coklat. Tada.. beres


Cara2 membuat cream cheese utk diletakkan diatas kek~
1. Ukur susu pekat 1/2 cwn+ 1 bungkus cream cheese(kecil). Letak di dlm mangkuk. Kacau dlm mangkuk. Jika mahu cara yg lebih mudah, masukkan semua bhn tersebut ke dlm pengisar.
2. Letakkan sekali susu carir 1/2 cwn. Putar perlahan dan laju. Setelah kembang, simpan di dlm peti sejuk selama 10 minit atau sehingga adunan tadi likat dan mudah utk diletakkan di atas kek  

Cara meletakkan cream tadi di kek:
1. Tunggu sehingga kek sejuk.
 2. Jika kek tebal, potong 2 kek tersebut. Macam mana pulak ni? mesti kau org tertanyakan? Haa.. sama je mcm yg kita beli kat kedai, potong dua.
3. ketepikan kek yg telah dipotong di bahagian atas.
4. Letakkan cream tadi. Jgn terlalu bnyak. Aku takut nnti kome gemuk pula.. hihihi sorry..
5. Letakkan bhgian atas kek.. Letakkan cream di atasnya.
6. Letakkan cheese chedar yg diparut diatas cream cheese.
7. Tutup menggunakan Plastik warpping. Letak dlm peti sehingga ia mengeras.
8. Makan la puas2 hee (Jgn gemuk sudah)



Hasilnya:

(kek yg diletakkan cheese)


( cupcake coklat)

p/s- Selamat menjamu selera. ^^  Maaf jika ada sebarang kekurangan 
        Jgn lupa komen tau

1 ulasan:

Aneez Jaafar berkata...

nyum nyum nyum.. speechless awak.. hee :)

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai… Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini