Jumaat, 6 Jun 2014

Resensi Novel: Kukejar Kau Lari- Raihan Zaffya

Assalamualaikum



Hai semua. Baru tadi ZI habis baca keseluruhan novel KKL. Okey kita terus kepada ceritanya.

   Cerita ini mengisahkan perjalanan kehidupan seorang anak yatim yang bernama Nadira. Dia dikejutkan dengan hasrat sepasang orang kaya yang ingin menjadikkannya sebagai seorang anak perempuan dalam keluarga itu. Dia terpaksa berpisah dengan teman baiknya, Zariq.


    Sebelum pemergiannya, dia telah berjanji ingin mencari Zariq sewaktu dewasa kelak. 


Di rumah mewah itulah Nadira berubah dari menjadi seorang yang pendiam kepada seorang yang tegas dan banyak mulut. Dulu, Nadira mudah dibuli oleh Hardy, anak tunggal Puan Suzi dan Tuan Daniel. 


                Apabila meningkat dewasa, Hardy mula terasa sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya. Tiap kali dia berhadapan dengan Nadira, Hatinya seakan-akan berdetak dan tidak berhenti mengalunkan iramanya yang tidak dikenalpasti puncanya.

         
Daniel Family Store telah menemukan Nadira kembali dengan Zariq walaupun pada waktu itu Zariq tidak mengetahui bahawa perempuan itu yang dilanggarnya ialah Nadira.

                  
Nadira tidak dapat menerima Hardy dalam hidupnya. Bukan kerana takutkan si kucing parsi, tetapi, sikap panas baran Hardy yang tidak mudah diubah. Sudah berkali-kali di memohon maaf, tetapi dia tetap mengherdik dan memarahi Nadira.


              Oleh kerana terjadinya sesuatu peristiwa yang begitu mengguris hati Nadirah, dia kembali semula ke Cameron Highland bersama dengan keluarga Al-Mustaqim, Zariq, Tajol, Busyra, Midi dan Cik Ah. Dia gembira disitu tanpa gangguan sesiapa.

Nak tahu kesudahan novel ini? Beli la dari Penulisnya.. atau beli saja dikedai buku terdekat

Pengajaran:
1)Jangan la kita melayan anak yatim dengan buruk
2)Cinta bukan segalanya
3)Mulut lebih tajam berbanding pedang
4)Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
5)Bersatu teguh, bercerai roboh

p/s-idea tak keluar banyak. Setakat ini sahaja yang ZI mampu tulis ^^


Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...