Sabtu, 7 Jun 2014

Sunshine

EP3

Aku pandang luar tingkap. Burung yang berkicauan aku pandang sekilas. Ibu aku pandang. Aku mahukan kepastian.

“Rey, kamu pergi la kejap..” Bukannya Rey tak tahu, ibunya memang pandai dalam pujuk memujuk ini. Mahu lemah lututnya jika dia terus pegun di situ.

“Biar betul ni ibu” Ibu renung aku. Di balik renungan itu aku tahu ibu turut berdukacita.

“Nak buat macam mana, takdir dah tulis macam tu untuk Rey.”  Hari ini mentari menyembunyikan diri. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Tawaran ibu beberapa hari lepas kembali mengimbau minda.

“Rey, ada benda yang ibu nak cakap.” Renungan ibu yang lembut buat aku tak keruan. Adakah ibu dah jadikan aku sebagai mak sanggup.. Eh? Ada ke mak sanggup dalam dunia ni. Setahu aku, pak sanggup tu ada la.

“Cakap je la bu, macam tak biasa pula.” Aku senyum sambil mencapai kain.

“Mak Hawa..”

“Kenapa ibu?”

“Dia nak minta kamu tolong dia buat sesuatu..”Macam pelik je bunyinya. Curious aku kalau ibu macam ni. Cakap sekerat-sekerat macam scarf sekerat..hehehe
Aku tunggu ibu memulakan bicara. Nampaknya, ibu tengah ralit melipat baju dan takde masa nakberbual lagi dengan aku.

“Ibu..uuu” Mata ibu renung aku. Semacam. Mesti nak kata aku gedik la ni..

“Yup. Anything?”

“Kenapa dia nak jumpa Rey?” Aku telan liur. Rasa macam tak boleh telan bila aku fikir yang bukan-bukan.

“Dia nak minta Rey teman kan dia kejap. Anak-anak dia semua outstation. Maklum la orang tua. Anaknya takut kalau Mak Hawa sorang-sorang. Tu yang nak minta kamu tolong teman tu.” 

“Fuh lega. Ingatkan apa la tadi.” Dada ku urut perlahan
“Rey ingatkan apa tadi?”

“Erk.. takde apa-apa” Sengih aku pamer takut pulak kalau-kalau ibu dapat menebak isi hati aku.

“Dah, pergi siapkan baju, nanti ibu hantar kamu ke rumah Mak Hawa.”

“Nak drive sendiri la bu...”

“Tak boleh. Lagipun ibu ada kerja nanti. Susah kalau takde kereta.”

“Ok, ok. Rey siapkan baju sekarang.” Entah kenapa bunyi suara yang aku lontarkan terasa macam tak keluar. Mungkin aku sedih sangat bila ibu tak bagi aku bawa kereta..

@_@

“Apa yang kau asyik pandang tu?” Ujar seorang gadis berbaju t-shirt sukan. Dia mula menghampiri rakan disebelahnya yang sibuk merenung sesuatu. 

“Aku tak ada buat apa-apa la, Zana" Matanya masih melekap pada buku nota.

"Nak sorok dekat aku konon, aku tahu kau dah tak sabar nak kahwin." Selamba sahaja Zana menuturkannya. Mulut sudah dimuncungkan tanda tidak betah dengan sikap rakan baiknya itu. 'Sanggup kau rahsiakan benda belakang aku.' Rintih Zana di dalam hati.

Mendengar sahaja bicara rakannya, matanya terus terbutang, "Kahwin?" Buku nota dibawa ke tepi. Dia masih memegang buku itu. Muka Zana kelihatan sedih.

"Kau tahu kan yang aku ni tak ada pakwe. So, no kahwin-kahwin dalam waktu terdekat."

"Tengok kan.. kan aku dah kata kau nak kahwin punya."

"Bukan la. Ishh, kau ni nak merajuk ar pula."

"Macam mana aku tak sentap bila kawan aku dekat sini, dia buat aku macam tak wujud. Macam invisble women." Perlahan-lahan Zana kembai tersenyum. Rakan ditepi tersengih. Mahu juga Rey mengekek tetapi takut rakan seperjuangannya berkecil hati. Dia hanya ketawa di sudut hati.

"Sorry la Zana, aku sebenarnya best tengok muka dia. Macho, smart dan berkarisma." Tutur gadis itu lancar sambil memeluk erat buku nota bergambar boboiboy kesukaannya. Duduknya  di atas rumput diperbetulkan.

"Rey.. boleh pulak kau suka Vempire macam dia ?" Mata terarah kepada alis rakan disebelahnya itu.

"Cinta itu buta Zana. Tapi, cinta aku ini takkan jadi nyata sebab aku dan dia banyak bezanya.." Zana menganggukkan kepala. 

"Betul kata kau. Dah la  Rey, jangan frust-frust. Nanti kau tak lawa nak jadi cheerleder untuk rumah sukan kita.Kalau diorang kalah, kau aku persalahkan. Hahaha.." Gelak tawa Zana yang kedengaran membuatkan hati Rey berbunga. 'Tadi sentap, sekarang dah tak.  Syukur ya Allah.'

"Wei.. sejak bila sekolah kita menghalalkan pelajar kita mengedik macam tu?"

"Hehehehe"Sengihan itu meredupkan pandangan Rey. Alhamdulillah, kini dia mempunyai chum yang terbaik. HE is a good planner. 

Kini mereka sedang mencuci mata sambil melihat pelajar yang sedang membuat latihan. Mereka sama-sama duduk di tepi padang sambil menunggu giliran untuk menunjukkan bakat dalam bersukan.

p/s-maaf lambat update. Silakan memberi komen yang jujur ^^

Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...