Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan yang penuh dengan keberkatan

Assalamualaikum

Terlebih dahulu zu nak mohon ampun dekat semua sekali terutamanya rakan-rakan yang mengenali diri ini. I'am not a good girl and I also have a bad manner. So, perhaps all of u forgive me.  Mulakan sesuatu dengan perkara yang baik memang elok. Kadang-kadang susah untuk kita buat benda baik tapi, jangan lupa pula perbanyakkan amal di Bulan ramadhan ni.

1. Mulakan setiap perkara dengan bismillah

Nak masak makanan tu jangan lupa buat dengan sepenuh kasih sayang. Jangan lupa baca bismillah ya. Ibu-ibu semua 

2. Banyakkan membaca al-Quran

Bertadarus dengan rakan-rakan. Selain mendapat pahala, kita dapat merapatkan silaturrahim

3. Berzikir

bertahmid, bertasbih dsb


4. Elakkan diri daripada melakukan perbuatan sia-sia 

elakkan dari duduk beramai-ramai dan bercerita tentang keburukan orang lain
jangan mengumpat ya kawan2!! Jaga-jaga dengan nafsu

5. Solat Tarawikh

zu tahu kalau aktiviti ni memang femes. Tapi, ramai yg xsempat nak buat sebab banyak kerja lain perlu dikerjakan. Nak jaga anak la, jahit baju la, masak kuih la macam-macam. Nak tahu tak? solat tarawikh ni adalah sebahagian daripada senaman ringan. Rajin-rajinkan diri mengerjakannya.

6. Bersedekah 

~tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Sedekah yang berat timbangannya apabila orang lain tak tahu tentang jumlah yang kita beri. Sedekah yang sunyi lebih elok daripada yang berbunyi.

Bila masa sahur abis... "Ala... dah tak boleh makan. Mati la aku."
Bila berbuka..............."Yeah makan..!"

Selamat menyambut Ramadhan 1435H



Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...